Teka-teki dan kisah lucu.Teka-teki dan kisah lucu ini saya dengar ketika mendengar khutbah dari Father semasa misa kudus. Tidak percaya? You better believe it. Father Nicholas Stephen telah ditugaskan untuk melayani umat di paroki kami di Tuaran baru-baru ini.
Dalam homilinya, beliau selalu selitkan teka-teki dan kisah-kisah lucu.
Antara kisah dan teka-tekinya ialah:-
Semasa misa kudus semalam.
Soalan : Apa nama DINOSAUR dalam Bahasa Melayu dan Dusun?
Jawapan : Dalam BM ialah Mati Tidak Nampak, dalam Dusun ialah Napatai Au Okito.
(Di-No-Saur = Die-No-Saw = Mati-Tidak-Nampak = Napatai-Au-Okito)
Dari misa minggu sebelum ini.
Ada tiga orang yang terdampar di sebuah pulau setelah. Seorang bangsa Jepun, seorang bangsa Filipin dan seorang lagi bangsa dusun.
Sedang mereka duduk di tepi pantai, mereka ternampak satu botol di atas air yang dipukul oleh ombak hingga ke pantai. Mereka pun mengambil botol itu lalu membuka penutup botol itu. Maka tidak semena-mena keluarlah kepulan asap dari botol itu lalu membentuk menjadi satu jasad. Jasad itu sambil ketawa terbahak-bahak berkata,'Hah Hah Hah! Aku adalah Jin! Aku sudah terkurung dalam botol itu sudah 2000 tahun. Aku berterima kasih kepada kamu, dan sebagai balasan, kamu boleh minta apa saja daripada saya, maka saya akan tunaikan tetapi setiap seorang hanya diberi satu permintaan sahaja". Si Jepun pun dengan cepat berkata, "Saya mahu menjadi orang yang terkaya di negara Jepun". Si Jin berkata,"Baiklah" sambil memetik jarinya, Si Jepun pun hilang dari pulau itu dan menjadi orang paling kaya di Jepun.
Si Filipin juga meminta perkara yang sama,"Saya mau jadi orang terkaya di Filipin", "Baiklah", ujar si Jin dan memetik jarinya si Filipin pun hilang dan kembali ke negaranya untuk jadi orang paling kaya di sana.
Si Jin pun memandang kepada si Dusun ini sambil bertanya, "kamu pula apa permintaan kamu?". Setelah dia berfikir dengan agak lama hingga si Jin pun hampir naik bosan, Si Dusun pun berkata kepada si Jin, "Saya bosan kalau berada seorang di pulau ini, saya minta supaya kau kembalikan semula kedua-dua rakan saya tadi". Maka dengan sekelip mata si Jepun dan si Filipin kembali ke pulau itu.
Moral : Orang tidak bijak tidak tahu apa yang dia mahu.
Satu lagi kisah lucu yang saya dapat dari Reader's Digest berbunyi seperti begini:
Seorang peguam yang sedang memandu telah di tahan oleh seorang polis trafik kerana gagal memberhentikan kenderaannya ketika berada di simpang jalan yang mempunyai tanda isyarat BERHENTI.
Polis trafik itu bertanya kepada Peguam itu, "Encik, kenapa tidak memberhentikan kereta ketika nampak tanda berhenti tadi?", Si Peguam menjawab, "Tuan, saya ada perlahankan kereta saya dan melihat tidak ada kereta di kiri dan kanan jadi tiada sebab saya perlu memberhentikan kereta saya".
Si Polis memberitahu,"Tapi tanda disimpang mengarahkan encik untuk berhenti, jadi encik harus berhenti sebelum meneruskan semula perjalanan".
Si Peguam menjawab semula,"Sama saja bah tu, tuan. Bukan ada beza pun sebab bukannya ada kereta lain".
Si Polis menegaskan sekali lagi, "Encik tetap salah kerana tanda di simpang menyuruh encik untuk berhenti bukannya hanya perlu memperlahankan kenderaan sahaja".
Tidak puas hati dengan penerangan si Polis, Si Peguam pun berkata kepada si Polis, "Tuan, kau boleh saman saya kalau tuan boleh tunjukkan saya apa perbezaan antara berhenti dan perlahan?".
Setelah berfikir sejenak, Si Polis berkata, "Baiklah, boleh encik turun dari kereta encik sekarang?". Si Peguam pun turun dari keretanya dan dengan tiba-tiba Si Polis mengeluarkan belantannya dan memukul peguam itu sekuat hatinya sehingga peguam itu mengerang kesakitan. Sambil memukul si Peguam, Si Polis bertanya kepada peguam itu,"Nah, sekarang encik hendak saya berhenti atau perlahan?"
LU PIKIRLAH SENDIRI!