Hari Kebangsaan is it on 31/08 or 16/09?
Sudah masuk end of 3rd qtr of the year already. Sedar tak sedar, it just take another quarter year to wrap up year 2008. It seems that masih banyak lagi niat atau azam saya belum accomplish.
This is my first post for this month. Actually I have got nothing to write bah, but I need to write something, about whatever lah. The reason is I want this blog to have new post at least once a month unlike before yang berbulan-bulan tiada post baru and at one time, for a year.
Recently, since baru-baru sambut National Day (the government approved one) on 31/08, ramai orang yang bertelingkah mengenai hari yang sepatutnya diiktiraf as Malaysia's National Day especially from the opposition politicians (and even some from the ruling govt) sama ada should be celebrated on 31/08 or 16/09.
Kalau saya punya pendapat, saya mau semua orang rujuk balik buku sejarah kita time sekolah.
Kalau ikut rekod, pada 31/08/1957, atas rundingan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman (serta beberapa pemimpin lain) dengan pihak kerajaan British, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah bebas dari jajahan British dan telah membentuk kerajaan yang dipanggil Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan kerajaan Malayan Union.
Dari situ, saya simpulkan bahawa sebuah negara baru telah lahir dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
Selepas itu kerajaan Persekutuan Tanah Melayu membuat perbincangan antara Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina serta pemerintah British di Borneo Utara (ketika itu, sekarang Sabah) dan di Sarawak untuk tujuan menyatukan semua menjadi satu negara.
Namun hanya Singapura, Borneo Utara serta Sarawak telah bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Diingatkan bahawa ketiga-ketiga negeri tersebut pada ketika itu adalah dibawah pemerintahan British.
Akhirnya pada 16/09/63, maka ketiga-tiga negeri ini telah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk mewujudkan sekali lagi sebuah negara baru yang diberi nama MALAYSIA.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1965 Singapura telah keluar dari persekutuan Malaysia untuk mewujudkan pemerintahan dan negara sendiri.
Nah, if we can see from the facts mentioned above, saya boleh katakan yang kedua-dua tarikh tersebut adalah penting kepada rakyat Malaysia dan dilemma pun ada juga.
Apa dilemmanya?
Now, 31/08 had been selected as the day of Independence but it was only involve the states in the Malay peninsular whereas Sabah & Sarawak were still not gain their independence yet. Meaning to say, both states are not eligible celebrate the date as its independence day.
If 16/09 is chosen to be the independence day of Malaysia, this will be strange kerana the formation of Malaysia dibentuk oleh negara Tanah Melayu yang sudah merdeka manakala Sabah dan Sarawak telah dilepaskan oleh pihak Britishuntuk membentuk Malaysia.
For me, Sabah and Sarawak never gets it independence. So, there is no way 16/09 should be celebrated as independance day of Malaysia.
Fakta yang perlu diperbetulkan di sini adalah 31/08 tidak boleh dianggap sebagai hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia sebaliknya haruslah sebagai hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu!
Maknanya hanya penduduk Malaysia yang berada di Malaysia Barat sahaja yang layak untuk meraikannya.
Sementara itu, seluruh penduduk Malaysia seharusnya meraikan hari di mana negara Malaysia dibentuk pada setiap 16/09 sebagai HARI PEMBENTUKAN MALAYSIA atau HARI KEBANGSAAN.
Persoalannya sekarang ialah tarikh manakah yang lebih penting?
Jawapan saya ialah kedua-duanya penting dalam proses pembentukan Negara Malaysia.
Jika Tanah Melayu tidak mencapai kemerdekaan pada 31/08/1957, maka Tanah Melayu masih dibawah pemerintahan British dan sudah pastinya pembentukan Malaysia tidak berlaku kerana Sabah dan Sarawak juga ketika itu adalah dibawah pemerintahan British. Jika ketiga-tiganya bergabung pun, ianya pasti tidak akan menggunakan nama Malaysia.
Manakala, sekiranya Tanah Melayu tetap mencapai kemerdekaan pada 31/08/1957 tetapi tidak dapat bergabung dengan Sabah dan Sarawak, maka negara Malaysia tidak dapat dibentuk. Tanah Melayu akan kekal sebagai Persekutuan Tanah Melayu serta North Borneo dan Sarawak akan masih dibawah jajahan British.
Mengenai cuti umum harus diberi kepada semua negeri di Malaysia untuk kedua-dua hari tersebut. Bah, apa salahnya? bagi saja bah, susah-susah saja mau pikir...
(mula-mula tiada idea mau tulis, sekali ada tidak buli beranti menulis ni)
(The mixing of Bahasa and English ku-uk is purposely done)