Tuesday, June 27, 2006

World Cup 2006 2nd round matches...

Germany, Argentina, England, Portugal, Italy dan Ukraine sudah pun layak pigi quarterfinal WC2006. Tinggal ini malam dengan subuh esok punya game saja lagi yang belum tahu. Malam ni Brazil jumpa Ghana. Pukul 3 pagi esok pula Spain akan jumpa France.

Germany kasi kalah Sweden 2-0. Kedua-dua gol kena jaring oleh Lukas Podolski. Argentina kasi kalah Mexico 2-1, hasil jaringan Hernan Crespo (kalau ikut yang saya tengok di tv, macam Jared Borghetti kasi gol sendiri) dan Maxi Rodriguez (Di masa tambahan). Rafael Marquez kasi gol pembukaan bagai Mexico.

Englang menang tipis 1-0 hasil freekick David Beckham. Portugal berjaya kasi kalah Holland dengan 1-0 juga. Gol oleh Maniche. 4 kad merah sama 12 kad kuning referee kasi keluar dalam game ini. Gila punya referee!

Semalam, tinggal 5 saat saja masa kecederaan untuk tamat, Italy dapat penalti apabila Lucas Neil (Centreback Australia) menjatuhkan Grosso (LeftBack Italy) di dalam kotak penalti. Francesco Totti, tidak bagi can bagi Mark Swarchzer(GK Aus), terus tembak macam peluru. Hasilnya Italy menang 1-0 menentang Australia walaupun Italy hanya main dengan 10 orang setelah Marco Matterazzi (Centreback Italy) kena buang padang.

Perlawanan antara Switzerland dengan Ukraine pula berlanjutan ke penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 di masa sebenar dan juga tambahan. Ukraine berjaya dengan jaringan 3-0. Ketiga-tiga sepakan dari Swiss tidak masuk.

maknanya, di Q/F, Germany lwn Argentina, England lwn Portugal dan Italy lwn Ukraine.

Untuk game malam ni dan subuh esok, saya harap Brazil dan Spain yang masuk ke Q/F.

sekian, pengumuman.

A lil' bit of AF4 4th concert

Inda' apalah bah kalau lambat sikit posting. Yang penting ada. Sikit saja saya mau ulas mengenai konsert itu.

Velvet
OK, hanya Velvet tidak dapat maintain stamina.Ketara nampak penat di hujung-hujung lagu.

Haziq
OK jugaklah, dapat menghilangkan lenggok asli untuk lagu rock ni. Suara ok, hanya kadang-kadang pandai juga off pitch terutama dibahagian tinggi.

Zila
Nyanyian agak baik walaupun suara sometimes inda' kedengaran. Pergerakan persembahan masih lagi nampak kekok ditambah lagi pakaian mini skirt dia tu yang agak menjolok mata dan memang nampak tidak cantik.

Diddy
Kekuatan suara ada. Lontaran vokal amat jelas. Tapi saya inda' seberapa suka dia punya pergerakan dalam persembahan dia. Inda'lah saya suka dia punya bunga-bunga silat dia tu.

Farhan
Inda' boleh kena nafi lagi yang dia memang mempunyai kualiti suara yang baik malah lebih baik dari sesetengah penyanyi yang sudah mengeluarkan album. Bawa lagu dengan confident. Tapi masih lagi nampak dia kurang menjiwai lagu.

Amirul
Persembahan yang bersahaja dan simple tapi saya suka lihat kecuali di bahagian di mana dia tidak pandai berinteraksi dengan Ito Blues Gang di atas pentas. Kualiti vokal perlu diperbaiki lagi.

Faizal
OKlah juga. terhibur dengan lagu dia ni. Tidak banyak mau dikomen kerana dia punya kualiti vokal yang agak baik juga.

Salima
Persembahan yang simple dan kena dengan lagu. Tapi chord placement dalam vokal terkucil. Perlu banyak latihan vokal lagi.

Lotter
Persembahan is ok, sesuai dengan lagu. Tapi Lotter nyanyi off key @ sumbang. Sakit telinga saya dengar.

Terkeluarnya Zila menyebabkan hanya tinggal 3 orang saja lagi pelajar perempuan yang tinggal dalam akademi. Adilkah tidak, itu keputusan yang harus diterima kerana peminat sendiri yang menentukan.

Kalau dijudgekan olah juri, saya rasa Lotter yang akan terkeluar. Memang the worst vokal performance
dari dia.

Saturday, June 24, 2006

Konsert ke-4 Akademi Fantasia

Malam ni konsert ke-4 AF akan berlangsung. Tetap lah kena tengok ni. Saya mau tengok si Velvet nyanyi dia punya lagu. Tengok malatop kah tidak.

Kaki juga bah saya ni kalau tengok AF. Siap jadi pengkritik lagi di depan TV. Syiok tengok diorang perform. Kalau saya ada bakat menyanyi, sudah saya pigi cuba ikut itu audition. Ada juga bah orang yang langsung tidak bulih nyanyi, pun mau juga ikut audition. 'Pok' masuk TV saja bah itu.

Bah, balik kepada konsert malam ni. Saya rasa semua pelajar akan show diorang punya the best performance. Lagu-lagu semua saya suka. Jadi saya memang looking forward untuk tengok konsert ke-4.

Saya rasa yang menyerlah ialah Velvet, Faizal dan Diddy. Saya judge berdasarkan tontonan saya terhadap diari sepanjang minggu. Saya lihat yang akan struggle malam ni ialah Haziq. Mungkin ramai yang fikir Zila yang akan struggle, tapi saya rasa she can do it. Saya pilih Haziq, pasal saya lihat dia ni memang kurang selesa untuk menyanyi lagu rock. Jiwa dia ni terlampau tebal dengan lagu asli.

Saya juga tidak pilih Farhan untuk sekali lagi perform very well tonight, pasal saya tengok dalam diari mingguan, dia kurang dapat untuk menjiwai lagu Misha Omar tu. But i think she may give audiences a suprise.

Sebenarnya saya juga suka dengan improvement pada vokal Lotter. Kalau sebelum ni, vokal dia ni seolah-olah penyek, dalam diari minggu ni saya lihat dia dapat membulatkan suara dia untuk lagu Ramli Sarip tu. Harap obuli kio, Lotter. Manalah tau, saya bulih hantar undi untuk kau.

Si Salima saya lihat di dalam diari juga dapat menjiwai lagu dia itu. Kesian juga saya lihat dia ni. Dia bermati-matian belajar di dalam akademi tu, penonton di luar sibuk kutuk-kutuk dia terutama di Channel @15 di Astro. Ada yang bilang di ni gediklah, memalukan agama lah, pakai tudung tapi baju sendatlah, macam-macam lagi lah. Apalah perasaan keluarga dia yang membaca semua yang tertulis tu? BTW, saya lihat dia ni hardworking jugalah.

Si Amirul pun saya lihat sudah ada improvement. Best juga saya tengok dia punya persembahan dalam diari. Tidak tau pula time konsert ni malam.

My prediction untuk pelajar yang terkeluar minggu ini.......HAZIQ. Kalau dia tidak perform bagus malam ni, tetaplah dia yang akan keluar.

Oh! ya, saya belum bagi tau saya punya undi untuk siapa. Orang lain bulih tahu siapa yang saya undi kalau betul-betul baca entry saya pasal AF. Tidak kira entry yang sebelumnya atau entry ini, ataupun yang akan datang.

Selesai saja konsert ni, terus pindah channel untuk siaran langsung World Cup. Harap-harap malam ni tiada orang yang akan kacau saya punya schedule.

8.00 malam - Tengok Konsert Akademi Fantasia

11.00 malam - Tengok World Cup 2nd round match - Germany vs Sweden

03.00 pagi - Tengok World Cup - Argentina vs Mexico

yang penting malam ni saya enjoy!!!!!! siapa-siapa yang call saya bawa minum bahar, sorry i cannot entertain you all tonight!

ciao!

No more Asia representative in 2nd Rd of World Cup....

Korea! kenapa kamu bulih kalah sama Switzerland?!!

Mana lagi ada team dari asia yang dapat masuk pigi 2nd rd. Semua sudah out. Sayang betullah bah korea tadi pagi saya tengok lawan Switzerland. Tiada nasib betullah diorang. Banyak try tapi tidak dapat score. Tapi saya salute jugalah defence itu Swiss, kuat betul bah. Indalah bulih kena tembus ni. Kalau terlimpas diorang punya defence pun, goalkeeper diorang pun terrer. Saya sudah agak itu Swiss main counter attack, pasal diorang kebanyakan masih muda. Average umur diorang saya kira pun lebih kurang 22 tahun. Mana tu Korea bulih beat diorang. So, keputusan akhir perlawanan Swiss 2 - 0 Korea. Gol scorer si Philipe Sanderos dan si Alexander Frei.

France pula menang dengan Togo dengan jaringan 2-0 juga. Viera gol pertama dan Henry gol kedua. Kedua-dua gol kena score di 2nd half.

Jadi complete sudah jadual untuk perlawanan 1st rd. So, untuk team siapa jumpa team siapa di 2nd rd semua sudah tahu.

Malam ni, jam 11.00 malam ikut time Malaysia, Germany jumpa Sweden. Prediction saya, Germany menang. Lepas tu pukul 3.oo pagi besok hari, Argentina jumpa Mexico. Ini saya rasa tetap Argentina menang (Jangan saja ada 'kupset'). Tetap tengok punya!

Friday, June 23, 2006

God!! I wish have 1 Million Ringgit!!!

Malas sudah betul saya mau karaja ni. Penat betul bah! Tiap-tiap pagi mau bangun, pigi mandi, iron baju, naik bas lagi... macam boring sudah saya ni. Kalau saya ada satu juta, mana saya mau keraja lagi. Berangan-angan sudah si Dunnai ni.

Macam mana bah mau cari RM1Million dengan cara paling senang ni? kalau kerja, sampai pencen pun inda' dapat. Mau buka bisnes? Mana ada modal! Kalau ada pun manalah saya pandai berbisnes ni. Lagipun mau bisnes apa? jual VCD haram? Inda' lah aku mau.

Sekarang ni pun saya sudah rancang apa yang saya mau buat kalau saya dapat RM1 million. Bah, manalah tau, tiba-tiba dapat RM1 juta, inda' kau bingung kalau tiada rancangan kau. Rancangan sudah ada, tinggal mau cari macammana mau dapat itu duit.

Satu cara yang saya terfikir ialah beli TOTO 6D. Ya! beli 6D, pasal harga bayaran untuk 1st prize dia RM100,000.00 untuk setiap unit. Jadi saya perlu beli 10 unit @ RM1.15 kalau mau kena 1 juta. Saya 'pok' guna nombor hari jadi saya iaitu 760429. Tapi baru-baru ni saya dapat satu nombor baru iaitu nombor-nombor tahun naga mulai dengan tahun lahir saya. Jadi saya dapat 768800. 76 represent tahun 1976 (tahun lahir saya dalam tahun naga), 88 represent tahun 1988 (tahun naga berikutnya) dan 00 iala represent tahun 2000 (tahun naga yang ketiga).

Untuk nombor tarikh lahir saya, selalu juga saya beli tapi belum lagi pernah kena. Hujung-hujung yang dua nombor tu banyak kali, tapi baru RM4 satu unit bayaran dia. Nombor tahun saya itu baru satu kali saya beli, inda' juga kena. Mau beli lagi ni nombor, mana tau dia keluar.

Harap-haraplah kena!!!! Pleaselah, penat sudah saya kerja ni.

Saya mau lepak di rumah saja kalau saya sudah kena 1st prize 6D, saya juga mau belajar kerja-kerja rumah yang saya tidak seberapa pandai buat sebelum ni especially kerja-kerja bertukang ni. Mau juga saya bertukang bah, tapi mana ada masa.

Saya ni minat juga menyanyi dan dengan muzik. Mungkin juga saya mau cari cikgu ajar saya menyanyi. Pandai juga bah nyanyi sikit-sikit tapi pandai lari pitching bah. Jadi mau cari guru vokallah supaya boleh belajar. Kalau boleh saya mau belajar keyboard juga.

Saya juga buat mau pigi buat medical check-up untuk keseluruhan tubuh badan. Saya juga mau pigi jumpa dentist untuk kasi bagus semua gigi saya yang mau berlubangkah, mau patahkah atau macam-macam lagilah.

Saya kasi invest lagi di ASB saya. Saya mau kasi penuh itu kuota 200,000.00 unit. Tinggal tunggu collect interest saja.

Derma pigi gereja tu sudah pasti. Jadi kewajipan sudah itu. Saya juga kasi bayar semua hutang-hutang daddy dan mummy saya kalau ada. Diorang adik-adik saya punya study loan pun saya akan bayar.

Heiiiii, harap-haraplah bah kena...

World Cup Round of 16.....

Siapa jumpa siapa di dalam pusingan 16 kalah mati hampir semua telah di ketahui:-

  1. Germany (Juara Grp A) lwn Sweden (N.J Grp B)
  2. England (J. Grp B) lwn Ecuador (N.J. Grp A)
  3. Argentina (J. Grp C) lwn Mexico (N.J. Grp D)
  4. Portugal (J. Grp D) lwn Netherlands (N.J Grp C)
  5. Italy (J. Grp E) lwn Australia (N.J. Grp F)
  6. Brazil (J. Grp F) lwn Ghana (N.J. Grp E)
  7. Spain (J. Grp H) lwn N.J. dari Grp G (diantara S.Korea, Swiss, France)
  8. J. Grp G (diantara S.Korea, Swiss, France) lwn N.J. Grp H (diantara Ukraine/Tunisia)

Tinggal 3 tempat lagi jadi rebutan utk ke pusingan ini. Malam ini jadi penentu. Saya harap South Korea dapat memenangi perlawanan awal pagi esok menentang Swiss so they can be on the top of group G. Nak juga wakil Asia ke peringkat ke-2. Jepun, Saudi Arabia & Iran sudah pun out. Another spot tu, tidak kisahlah siapa yang dapat antara Switzerland or France.

Another vacancy in group H, which is battle between Ukraine and Tunisia, I think Ukraine have the advantage.

Kejutan yang saya rasa paling besar dalam round pertama ini ialah tersingkirnya pasukan yang menduduki ranking ke-2 dalam senarai pasukan terbaik Fifa iaitu Republic Czech. Semalam pasukan Czech ini dikalahkan oleh pasukan Azzurri 2-0. Pasukan Czech ini sebenarnya telah mensia-siakan peluang mereka untuk layak ke peringkat ke-2 apabila mereka tewas kepada Ghana 2-0 dalam perlawanan ke-2 mereka.

Ghana telah mencipta sejarah buat negara mereka apabila mereka layak ke pusingan ke-2 di dalam penyertaan pertama mereka dalam peringkat akhir World Cup. Tapi sebenarnya tidak menghairankan juga kerana pasukan belia Ghana pernah memenangi pingat emas Olimpik dan juga pernah menjulang piala dunia remaja.

Satu lagi kejutan ialah apabila Ecuador layak buat kali pertama ke pusingan ke-2 setelah berjaya mengetepikan pasukan pilihan iaitu Poland di dalam group A.

Perlawanan yang saya jangka menarik untuk pusingan kedua ini ialah perlawanan antara Brazil menentang Ghana. Ada orang cakap yang Ghana boleh membuat UPSET ke atas Brazil. Saya sendiri merasakan Brazil mempunyai kesukaran untuk bermain dengan Ghana kerana Ghana merupakan pasukan yang sangat fizikal serta pantas. Jika Brazil mempunyai Ronaldinho sebagai tonggak kekuatan serangan pasukan mereka, Ghana juga mempunyai Michael Essien sebagai pengemudi barisan tengah pasukannya. Tengoklah siapa yang boleh menang. My favourite untuk menang this game is of course Brazil. The key for Brazil to win this game will be Robinho. He absolutely brilliant!!

Malam ni I won't gonna miss the game between S.Korea against The Swiss.

KOREA!!!!! kamurang mimang bulih!!!!!!!!

Thursday, June 22, 2006

BAHANA AKADEMI FANTASIA

Sudah beberapa minggu Akademi Fantasia 4 bermula. Bermula dengan konsert Prelude AF4 pada 28 May 2006, 12 pelajar yang terpilih masuk ke akademi ialah Faizal, Lotter, Amirul, Diddy, Haziq, Rich, Velvet, Farhan, Salima, Zila, Karen dan Nora.

Setakat hari saya menulis ni, sudah tiga pelajar tersingkir dari akademi iaitu Nora, Karen dan Rich. Pelajar pilihan saya yang saya rasa akan ke minggu terakhir ialah Velvet, Farhan, Faizal, Lotter dan Amirul (kalau final ada 5 pelajarlah). Tapi peserta favourite saya ialah Velvet. Saya hanya mengundi Velvet tahun ni tapi tidaklah bah banyak sangat. Time ni pun tengah hangat lagi World Cup, duit pun sudah banyak kalah betting. Undi sekali sehari oklah.

Untuk menjuarai AF4 ni, saya rasa yang mempunyai peluang ialah Faizal, Farhan dan Velvet. Ketiga-ketiga mereka memang ok.

nanti saya sambung lagilah ni, malas sudah saya mau menaip, sakit tunturu saya sudah.

Wednesday, June 21, 2006

At last, aku kembali...... dan dengan WORLD CUP FEVER

Punya bangang saya ni, satu bulan lebih sudah saya tidak write something dlm blog saya ini. Banyak juga bah perkara yg ada dalam kepala otak saya ni, tapi time mau tulis tu, semua macam cair dari otak.

Tapi kali ini saya betul-betul mau write dalam blog bangang saya ni. Apa-apa pun jadilah. First, pasal world cup.

World Cup sememangnya adalah Pertunjukan Terhebat Di Muka Bumi atau dlm bahasa orang putihnya 'The Greatest Show On Earth'. Tidak boleh kena deny lagi yg World Cup sememangnya yg ditunggu oleh berbillion penduduk seluruh dunia. Saya juga tidak terkecuali.

Saya menonton mengikuti perkembangan World Cup ini sejak tahun 1986 hingga sekarang. Tahun 1986 yang diadakan di Mexico, Argentina menjadi juara setelah mengalahkan West Germany (ketika itu). Kontroversi 'Hand of God' Maradona ketika mengalahkan England di suku akhir adalah yang paling hangat sekali diperkatakan sehingga sekarang.

Pada tahun 1990, Cameroon menundukkan Argentina 1-0 di perlawanan pembukaan. Cameroon juga mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dari benua Afrika yang layak sehingga ke peringkat suku akhir. Pemain mereka, Roger Milla juga mencipta sejarah apabila menjadi pemain yang tertua menjaringkan gol di peringkat akhir World Cup. Umur beliau ketika itu lebih kurang 4o-an. Germany menjadi juara buat kali ketiga apabila mereka berjaya menebuskan kekalahan mereka keatas Argentina empat tahun sebelumnya.

USA menjadi tuan rumah untuk World Cup tahun 1994. Brazil telah menjulang piala ini untuk kali ke-4 setelah kali terakhir pada tahun 1970. Banyak peristiwa yang berlaku di edisi kali ini. Pemain pertahanan Colombia, Andreas Escobar telah ditembak mati apabila tiba sahaja di lapangan terbang di Colombia bersama-sama dengan teammatenya yang lain. Ini mungkin disebabkan kesilapan beliau apabila menjaringkan gol sendiri ketika menentang USA yang menyebabkan pasukan Colombia tersingkir di peringkat awal walaupun ketika itu mereka dianggap sebagai salah satu pasukan favourite dengan kehadiran bintang sensasi mereka seperti Carlos Valderrama dan Rene Huguita. Bintang Maradona terus malap di sini apabila beliau diuji positif dengan dadah dan terpaksa di hantar pulang ke Argentina walaupun World Cup belum selesai.

Pada tahun 1988, selaku tuan rumah, France berjaya mendaftarkan nama mereka dalam lipatan sejarah World Cup sebagai salah satu negara yang pernah memenangi piala ini apabila mereka mengejutkan Brazil dengan kemenangan mereka 3-0 di perlawanan akhir. Perlawanan akhir tersebut mengangkat nama pemain France, Zinadine Zidane sebagai salah seorang pemain terbaik dekad ini. Misteri penyakit penyerang Brazil yang diura-urakan bakal membawa kejayaan kepada Brazil iaitu Ronaldo pada perlawanan akhir masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang.

Namun, tahun 2002, Ronaldo mengubati kekecewaan empat tahun lalu dengan membantu Brazil memenangi piala ini buat kali ke-5. Beliau telah menjaringkan kedua-dua gol di perlawanan akhir menentang Germany. Beliau juga memenangi Golden Boot apabila menjadi penjaring gol terbanyak temasya itu. Buat kali pertama juga, World Cup dianjurkan oleh dua negara, iaitu South Korea. Ia juga merupakan kali pertama benua asia menganjurkan temasya terbesar di muka bumi ini. South Korea juga membuat kejutan apabila menjadi pasukan asia pertama yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat semifinal sebelum tunduk kepada Germany. Turkey juga mencipta sejarah untuk negara mereka apabila buat kali pertama juga melangkah sehingga ke semifinal.
Dan, tahun 2006 ini, siapakah bakal juara? adakah Germany sebagai tuan rumah mempunyai tuah? adakah Brazil untuk kali ke-6? adakah England dengan kehadiran Wayne Rooney? Adakah Argentina? bagaimana dengan Netherland? begitu juga dengan Spain dan Italy? bagaimana pula dengan pasukan dari asia dan afrika? Jawapannya kita akan dapat tahu apabila selesainya temasya ini pada 10 July 2006.
Pasukan pilihan saya? Of course Brazil. Tapi setelah mengikuti perlawanan peringkat kumpulan hingga setakat ini, selain Brazil, rasanya Germany, Argentina, Netherland dan Spain mempunyai corak permainan yang boleh membawa negara masing-masing untuk merangkul piala ini. Saya sebenarnya support England juga, tapi setakat ini, they haven't impress me yet.
Apa-apa pun, setakat ini saya sudah kalah banyak betting bola...huaaaaahhhhhhh!!!!!
Gaji pun habis sudah. Savings pun kena korek sudah ni. Nasib baiklah belum pinjam dengan Ah Long. Inilah bah ni, kalau tidak betting, mana tahan tengok bola sepanjang pagi. Tidak apalah empat tahun sekali.
Sampai di sinilah kali ini.
(sebenarnya post ini telah ditaip berkali-kali kerana electricity cut-off banyak kali)