Saturday, April 22, 2006

YB Jahid Jahim accident...

Pagi tadi sewaktu saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba dekat dengan kilang papan Superwood, jalan tengah jam. 'Aah! ini memang ada accident di depan' saya bilang dalam hati. Anggapan saya betul. Sebuah Toyota Ninja dalam keadaan terbalik, tayar empat-empat ke atas di dalam parit. Orang pun semakin ramai. Then, saya terlihat no. plat ninja itu, 9088 T (awalannya saya tidak perasaan). Macam kenal pula no. tu? tapi siapa punya?

Cousin saya yang sedang membawa kereta tanya saya 'Itu bukan kereta YB Jahid kah?'. 'Entah' saya jawab dia. Tapi saya masih lagi berfikir siapa punya ninja. Lepas tu, saya call cousin saya yang satu lagi iaitu si Onong, mungkin dia boleh confirm kereta si YB Jahid kah tidak pasal dia selalu sama-sama dengan YB. Saya call, si Abon yang jawab, bini dia (cousin saya juga). 'Mana si onong?' saya tanya dia, 'mandi' si Abon jawab, 'Ohhhh, eh, berapa no. ninja si YB Jahid tu?' saya tanya dia lagi, dia terus jawab ' Ya, dia punya ninja lah tu'. Rupa-rupanya dia sudah tahu. Memang ada sudah yang call dulu. Saya tanya lagi ' Siapa yang bawa?', 'tunggu sekejap' si Abon bilang, 'Hello' si Onong yang jawab. Sudah siap mandi sudah dia. Jadi tanya lagi balik 'siapalah bawa tu ninja si YB', si Onong jawab 'Tidak tahu lagi, mungkin anak dia'. 'Oh, yakah?' saya balas. ' Ninja dia terbalik, tayar empat-empat di atas tu' saya inform si Onong lagi, 'Oh, yakah?' Si Onong balas dan dia sambung 'anak dia mungkin tu, tapi nanti saya checklah', 'oklah' saya tamatkan perbualan.

Tidak lama selepas habis makan sarapan, si Onong call saya balik, 'Confirm si YB yang bawa tu ninja' dia bilang, saya tanya balik 'Jadi macam mana sudah si YB?', ' Tiada apa-apa juga' dia jawab.

So, syukurlah selamat juga si YB.

Foto Jalan Salib Di Bukit Limpaga Tuaran

Saya cuba post satu gambar di sini. Lain kali maybe foto yang lain

Perhentian terakhir Upacara jalan salib Posted by Picasa

Friday, April 21, 2006

Gemuk Atau Kurus?

'Alamak! berat saya sudah naik 2kg! saya sudah gemuk!', 'hei, macam mana bah mau jadi gemuk ni? makan banyak pun masih lagi nampak kurus', 'seluar saya tidak muat sudah! sudah gemuk!', 'kenapa berat badan saya tidak pandai naik ni? dua kilo pun susah mau bertambah, masih nampak kurus kerimping lagi'.

Biasa sudah saya dengar keluhan-keluhan yang seperti yang tertulis di atas. Malah saya sendiri pun selalu juga mengeluh macam tu. Yang saya ni mengeluh pasal saya semakin gemuk. Selepas saja chinese new year, berat saya naik 3kg. Baru-baru ni saya timbang lagi, naik lagi 2kg. Saiz pinggang saya pun macam naik satu inci. Seluar pun banyak yang saya sudah tidak ngam.

Saya sekarang ni pun cari jalan sudah hendak menurunkan berat badan saya. Mungkin berjogging, mountain biking, kurangkan makan dan macam-macam lagilah.

Harap-haraplah saya dapat melakukannya.

Thursday, April 20, 2006

Saya Geli Lihat Pondan...

Saya betul-betul terasa geli kalau terlihat pondan. Apalagi dekat dengan saya. Meremang bulu roma saya. Entah kenapalah bah juga diorang tu jadi begitu?

Saya hairan kenapa juga diorang mahu jadi macam perempuan. Bermekap-mekap kalah perempuan bah. Paling saya benci tengok ialah kalau time diorang berjalan tu, mengalahkan lenggang ratu dunia.

Ada saya pernah tengok di TV, di mana pengacara ada bertanya kepada pondan kenapa tidak mahu berubah? Jawapannya, 'sudah takdir dijadikan begini'.

BullShittttt!!!!!!!

Kau sendiri yang mahu jadi begitu, kau salahkan takdir pula. Palui!!!!

Tuhan pun cipta lelaki dengan perempuan sahajalah!!!!

Tapi, sebenarnya saya bukan benci lelaki jadi lembut, saya hanya benci lelaki lembut yang terover betul sudah gaya dia. Pakai mekaplah, pakai baju perempuanlah, operationlah.

Wednesday, April 19, 2006

Rancangan Bersiri CSI membuatkan penjenayah lebih bijak?

Begitulah menurut kenyataan Ketua Polis Negara minggu lalu di semua akhbar di Malaysia.

Saya tidak nafikannya. Tetapi itupun jika kita fikir dari sudut negatifnya. Namun jika kita alihkan pandangan kita ke sudut positif, ianya juga banyak memberi pengajaran kepada masyarakat, terutamanya tentang penggunaan sains forensik dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di jabatan polis.

Setidak-tidaknya rancangan ini boleh memupuk minat masyarakat terutamanya golongan muda untuk menjadikan bidang forensik sebagai karier mereka di masa depan.

Ia juga memberi gambaran jelas kepada penjenayah atau bakal penjenayah (itupun kalau mereka ada menonton CSI) bahawa setiap jenayah yang dilakukan, tidak kira sama ada dirancang dengan teliti atau tidak, pasti akan dapat dibongkar oleh pihak polis.

Polis di negara ini juga dapat mempelajari sesuatu daripada rancangan ini dan harus menjadi lebih bijak daripada golongan penjenayah ini.

Jika hanya dengan kenyataan Ketua Polis Negara rancangan ini diberhentikan siarannya, saya tidak bersetuju sama sekali.

Kesimpulannya, Kita harus memandangnya dari segi positif dan bukannya dari segi negatif.

Tuesday, April 18, 2006

Susah Hendak Puaskan Hati Manusia....

Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah ada pada dirinya atau diperolehi olehnya. Termasuklah diri saya sendiri.

Seperti hari Ahad yang lalu iaitu sempena Easter Sunday. Keadaan cuaca pada waktu pagi hingga ke tengah hari tersangatlah panas. Saya ada berfikir dan berharap alangkah baiknya kalau hujan turun waktu itu untuk menghilangkan panas.

Lebih kurang lewat sedikit tengah hari hujan pun mulai turun. Mula-mula tu, rasa lega sekali kerana panas terik matahari telah pun hilang. Tapi-tapi lama kelamaan, hujan yang turun seolah-olah tidak mahu berhenti, tambah lebat lagi ada.

"Celaka punya hujan, tidak mahu berhenti pula, banjir lah nanti ni" Itulah saya katakan dalam hati waktu itu.

Jelas di sini, sifat manusia yang tidak pernah puas. Jika sudah mendapat apa yang dihajatkan, mahu lagi lebih daripada itu.

Tapi yang penting saya rasa ialah Be Moderate In Everything. Kesederhanaan boleh mengelakkan kita daripada lupa diri. Sedangkan Tuhan sendiri pun mengajar kita untuk mementingkan kesederhanaan. Rasanya kesemua agama di dunia ini mengajar umatnya untuk hidup secara sederhana.

Kalau semua manusia hidup secara sederhana, mungkin dunia ini akan menjadi lebih aman damai.

"Saya ingin memohon kepada Tuhan agar merahmati semua umat manusia agar sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan mengabdikan diri kepada-Nya. Amen"

Thursday, April 13, 2006

Good Friday......

Tomorrow is Good Friday, so esok saya bersama-sama dengan penganut Katholik yang lain di Tuaran akan mengadakan upacara Jalan Salib di bukit yang baru. Sebelum ini, setiap tahun Upacara Jalan Salib ini diadakan di Bukit Gundul. Tapi oleh kerana kawasan bukit ini telah diambil oleh orang lain atau kerajaan(entah, saya pun tidak tahu), Pihak gereja telah memindahkan tempat upacara ini di bukit yang baru iaitu Bukit Limpaga di Bundung.

So, I'm so excited to go and join the other devotees to do the Way Of Cross at the new hill. By the way, tonight there will a holy mass in the church to celebrate the Last Supper of Christ in Holy Thursday. I'll be going to St John's Church, Tuaran for the mass.

And on Saturday night, we will be celebrating Easter Eve. Kumpulan Koir dari kawasan kami yang akan melayani dalam koir untuk misa malam itu.

So, on Sunday it will be Easter day!!! The day when Christ Has Risen, Alleluia!!!!

Marathon Menonton Movie......

11hb April bersamaan selasa lalu merupakan cuti umum sempena Maulidur Rasul. Apalagi saya pun mengambil peluang cuti ini dengan menghabiskan masa saya menonton wayang di panggung di KK.

Sebenarnya, hari tu saya hendak bangun awal kira-kira jam 5.30 pagi, konon-konon hendak pergi jogging dari rumah saya sampai pekan Tuaran. Tapi entah kenapa pula saya boleh bangun jam 7.00 pagi. Matahari pun sudah tinggi. Actually masih boleh pergi kalau hendakpun, tapi malu pula saya, takut orang lain yang kenal saya nampak saya. Nanti diorang cakap pula " ui! nah kau, Koojack, rajin kau pigi jogging,ah?". hilang macholah, beb...sebab tidak pernahpun pergi jogging sebelum ni, tidak pasal-pasal pula hari tu pergi jogging (tapi sebenarnya saya ada juga pergi jogging, itupun awal-awal pagi yang matahari belum lagi timbul).

So, saya buat planning baru untuk hari itu... TONTON WAYANG!!!!!

Ya, Saya mahu menonton wayang untuk sepanjang siang hari ini.

Dipendekkan cerita, filem pertama yang saya tonton ialah When Stranger Calls. Best juga cerita ni, banyak suspen tapi endingnya kurang sikit sebab tak tahu pun identiti sebenar si Stranger tu. Filem ni bermula jam 11.45 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Saya tonton filem ni di pawagam Mega Pavillion.

Lepas tu, saya pergi ke pawagam GSC, untuk menonton filem Lucky Number Slevin. Filem ni lagi best. Mula-mula cerita, susah nak tangkap apa yang hendak disampaikan. Cerita ni mesti tonton hingga habis barulah boleh paham ceritanya. Tapi memang best, tidak rugi kalau pergi tonton. Pelakon-pelakon pun hebat-hebat, Bruce Willis ada, Morgan Freeman ada, Sir Ben Kingsley ada, Lucy Liu ada, dan yang terpenting ialah pemegang watak utama iaitu Josh Hartnet sebagai Slevin. Cerita start pukul 1.45 petang dan selesai lebih kurang pukul 3.45 petang

Habis cerita tu, saya pergi beli tiket lagi, masih lagi di pawagam GSC. Kali ni filem Gubra. Filem melayu arahan Yasmin Hamid. Filem ni, kalau untuk standard filem melayu, memang baik. Style arahan filem macam style arahan untuk filem low budget Hong Kong saja. By the way, nice try. Memang berbeza daripada filem-filem melayu yang lain(yang bukan arahan Yasmin). Tidak stereotype. Kalau hendak ditonton sebagai entertainment, tidak mengenjoykan untuk saya. Perlu banyak menggunakan otak saya untuk mentafsirkan apa yang hendak disampaikan. Atau mungkin juga filem ni filem ketiga saya tonton hari ini, jadi otak saya pun sudah penat untuk berfikir. Filem ni start jam 4.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

So, that day, I filled my whole day with watching 3 movies continuously.

Monday, April 10, 2006

Fed Up Betullah Saya Dengan UBS system....

Apa punya UBS, slow gila babi punya. Boleh pergi mati lepas tu hidup kembali pun belum selesai processing datanya.

GERRRRAAAMMMMNYAAAAAA!!!!!!!!

Entah berapa lama mau tunggulah? Kalau nak kata CPU yang slow, agak mustahil kerana nak masuk tempat lain pun ok sahaja. Damn you, UBS!!!!!

Thursday, April 06, 2006

Meeting, Meeting, Meeting.....

Boring betul sudah saya. Macam-macam meeting. Kalau di office, Management meetinglah, Leader meetinglah. Kalau di kampung, ada pula meeting KUK. Hari ini saya ada leader meeting di office. Sunday nanti 8hb April, meeting KUK pula. Lepas tu dalam minggu depan gerenti ada management meeting di office.

Sakit kepala saya mahu ber'meeting' saja. Tiap-tiap bulan ada saja. Apa boleh buat. Meeting ni bukannya tidak bagus. Banyak perkara terutama idea yang dapat dikongsikan bersama-sama antara ahli. Jadi kita tahu macam mana hendak beri lebih baik lagi kepada sesuatu perkara atau keadaan. Kalau di kampung pula, saya jadi bendahari pula. Setiap ada meeting mesti hendak sedia laporan kewangan.

Tapi yang buat saya malas ni ialah saya yang perlu catat minit untuk meeting di office. Kalau ikut meeting untuk duduk dan dengar sahaja, no problem. Kalu di kampung, jadi bendahari. Tiap kali meeting mesti hendak sediakan laporan kewangan.

Apa boleh buat, sudah tanggungjawab. Perlulah bertanggungjawab.

Wednesday, April 05, 2006

Public Kissing & Hugging Illegal In Malaysia

Itulah yang berlaku di Malaysia. Hari ini saya terbaca di surat khabar, 2 orang pelajar telah diarah oleh mahkamah di Kuala Lumpur untuk membela diri apabila didakwa berpelukan dan bercumbuan di tempat awam. 2 pelajar tersebut adalah berbangsa cina.

Persoalannya, jika kedua-dua pelajar tersebut dijatuhkan hukuman bersalah atas perbuatan mereka, adakah undang-undang ini akan dikenakan juga kepada pelancong-pelancong asing terutamanya dari negara barat kerana kita tahu budaya bercumbuan dan berpelukan ini adalah biasa di tempat mereka?

Jika hal ini berlaku, adakah ini akan menjejaskan industri pelancongan negara? Tapi saya tidak mahu menyentuh mengenai ekonomi. Hanya kepada perkara ini.

Well, it's up to a person. Ada yang rasa perkara ini adalah normal, namun ada juga yang rasa perkara ini adalah sesuatu yang 'taboo'. Kalau dilihat dalam majoriti masyarakat Malaysia, memang perkara yang ini amat memalukan sekiranya ianya berlaku di depan mata. Ini terutama sekali dalam masyarakat Melayu. Begitu juga dengan suku kaum saya sendiri. Saya sendiri juga pasti akan berkata "tiada tempat lain kah nak buat benda ni?" jika saya sendiri terlihat perkara ini berlaku. Namun tidaklah sehingga menangkap individu yang melakukannya.

Pada pendapat saya, perbuatan kedua-dua pelajar tersebut tidak salah tetapi tempat mereka melakukan perbuatan itu adalah tidak betul. Boleh katakan 'Wrong timing'. Kalau betullah nak berasmara tu buatlah di tempat yang tersembunyi sedikit. This is Malaysia not America.

Tuesday, April 04, 2006

My first post on April 2006.....

Baru kali ini saya dapat 'post'kan entry saya untuk bulan April ni. Sebenarnya bukan apa, tapi saya ada perkara lain yang saya perlu dulukan. Yelah, blogging ni bukannya wajib untuk menghantar entry everydaykan.

Sebenarnya, saya tengah belajar-belajar buat cerpen. Tapi sampai sekarang baru separuh jalan. Sememangnya saya ni memang tidak minat untuk menulis panjang-panjang ni. That's why my BM during SPM terus flop. Tengoklah hasilnya nanti.