Rindu Hendak Berbasikal Kembali....
Rindulah hendak mengayuh basikal lagi. Sudah lama tidak mengayuh ni. Sebenarnya ada jugalah kayuh sikit-sikit setakat keliling kampung. Maksud saya ialah membuat perjalanan jauh dengan mengayuh basikal.
Kalau dulu....tidak lah lama betulpun, pada tahun 2002-2004, memang gila mengayuh basikal satu kampung. Seronok mengayuh basikal ramai-ramai ni. Penatnya tidak terasa. Yang paling best, sewaktu kitorang adakan ekspedisi dari Tuaran ke Labuan pada tahun 2002(tidak silap saya) dan juga semasa ekspedisi dari Tuaran ke Lawas, Sarawak (tidak silap 2004). Memang best gilalah!! berkayuh lebih kurang 24jam dan sejauh hampir 300km. Mungkin nanti saja saya cuba tulis dalam blog ini pengalaman ekspedisi berbasikal tu.
Sebenarnya, tujuan saya ingin berbasikal kembali, hanya kerana untuk menurunkan berat badan dan ingin mengilangkan lebihan daging(lemak sebenarnya) yang sudah hampir nampak kematangannya.
Tapi malas saya ni tidak dapat saya lawan. Ada saja alasan yang kepala hotak saya ni beri kepada otot-otot badan saya untuk melakukannya. Lagipun, basikal saya sekarang ni pun nampak tenat sahaja setelah berbakti kepada saya sewaktu perjalanan ke Labuan dan Lawas. Jadi, konon-kononnya nak beli basikal barulah, tapi sampai sekarang belum beli-beli lagi. Dari tahun lalu lagi beriya-iya. Konon mahu cari basikal yang lebih bagus, yang lebih ringan. Tapi yang canggih macam Giant, Specialized, Kona, Mongoose, Fasttrack tu, harganya pun canggih beb! RM2,000 hingga RM20,000 wa cakap lu!
Kalau hendak dibandingkan dengan Mountain bike saya tu, alahai....sedihnya. Tapi yang saya ada tu pun Y-shape body dengan absorber juga beb. Moongose bike juga, tapi body dibuat dari besi, berat nak mampus! Dan saya beli dengan harga RM100 sahaja. Saya beli dari org filipina yang bekerja di Sabah, tinggal menyewa di sebuah rumah di kampung saya. Kurang pasti pula kalau pendatang tanpa izin kah tidak. Time beli tu, memang ada beberapa bahagian yang dalam bad condition terutama sekali tayar, rim, sprocket dan pedal. Lebih kurang 'renovate' balik basikal ni memakan belanja dekat RM500.00. Rasanya berbaloilah dengan jasanya terhadap saya.
That's why, after came back from Lawas Trip, I was thinking change to a new MTB. The one with lighter body which is made from alloy. Tapi sampai sekarang, habukpun tak nampak.
Come on Daniel, be committed. Oklah, i try to buy before the end of this yearlah. Kalau tidak your belly will be cursed and become bigger and bigger!!!! jagalah kau daniel!!!!!