Monday, August 15, 2011

Terima Kasih Tuhan!!!

Terima kasih Tuhan kerana mendengar doa ku walaupun kadangkala aku terlalu 'selfish' dalam permohonan ku. Ampunilah aku kerana sikap ku itu. Sememangnya aku amat menyesalinya.

Namun, aku ingin mengucap syukur kepada Mu ya Allah ku!! diatas kesembuhan yang Kau perkenaankan ke atas penyakit kulit yang kuderitai sejak beberapa tahun yang sudah. Terima Kasih ya Allah!! Aku telah sembuh!! Aku percaya, atas belas kasihanMu lah aku telah disembuhkan ya Allah!!.....Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Mengetahui dan Maha Belas Kasihan!!!......Syukur ya Allah!!

Aku juga ingin mengucap syukur ke atas kesembuhan yang Kau perkenaan keatas Anak Buah ku, Duentzer terhadap penyakit yang di alaminya pada minggu lalu, aku percaya Engkau juga lah yang campur tangan ke atas segalanya itu. Sekali lagi ya Allah, Terima Kasih!!

Ya Allah, Aku ingin sentiasa memuji, mengucap syukur kepada Mu!! Amen +