Wednesday, September 14, 2011

Aaaaaaarrrrhhhhhhh!!!!!!...Legaaaaa...Reda Tekanan..

Semalam, lepas saja 'punch card' pada jam 5.30 petang, terus saya kelam kabut pulang dari ofis di Kolombong ke rumah di Tuaran. Apa lagi, macam pelesit lah saya bawa kereta tu. Tidak juga lah bah laju betul pun, dalam kadar 80-100km/jam saja. Di tambah lagi dengan 'traffic jam' lagi!! aduiii!!! tambah lah bah tekanan saya, konon-konon mau cepat tapi terpaksa juga mengalah dengan ke'jem'man jalanraya.

Selain Traffic Jam, adalah lagi gangguan jalanraya yang sentiasa mahu mengganggu perjalanan pulang saya. Traffic Light pun macam bersubahat untuk melambatkan saya, selamba saja tu lampu tukar jadi merah kalau kereta saya dekat sudah dengan traffic light.....errrrrgghhhh!!! geraaammm!!!!

Lepas tu, ada lagi masalah lain!!...masalah pemandu yang tidak berhemah!! (walau saya kelam kabut saya masih bawa kereta secara berhemah tauuu!!...hehehee) pemandu yang buat jalanraya tu macam satu orang saja yang yang diguna!!! ni lah yang paling bikin panaaassss!!!.....ada yang memandu di lorong kanan macam makan angin....helloooo!!!!! kalau mau bawa kereta slow sambil mau enjoy pemandangan pun, pandulah kenderaan tu di lorong kiri!!!!.....

Selain tu lagi, ada lagi pemandu yang suka sangat keluar dari simpang secara tiba-tiba....buat terkejut tauuu!!!!.....klau tidak sempat mengelak?....nah, silap-silap keluar lah dalam newspaper keesokan harinya....paham-paham sajalah apa yang saya maksudkan....kalau masih dapat bernafas tu, syukurlah...issh..palis-palis!!

Aduii!!...panjang juga saya bermukadimah pasal jalanraya ni! heheeee.....ok, diteruskan cerita, dalam keadaan yang hati sudah panas dek traffic jam ditambah dengan stress kerja, sesampai sahaja di rumah pada jam 6.30petang (bayangkan, dari ofis ke rumah dengan jarak lebih kurang 23km perlu mengambil masa sejam?) saya keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Niat pada mulanya mahu terus pergi mandi tapi bila ternampak ada lauk tersedia di meja makan, saya batalkan niat saya untuk pergi mandi.....isi perut dulu!!!!...heheheee.......selesai saja makan dan basuh pinggan, saya ambil masa sekejap untuk rehat beri makanan tu turun ke dasar perut. Lepas tu baru pergi mandi.....habis mandi dan pakai baju, saya capai kunci kereta dan terus menhidupkan kereta dan beredar dari rumah untuk menuju ke tempat itu.

Dan lagi!! Saya perlu memandu lagi untuk sejauh 26km ke tempat itu. Jam menunjukkan 7.05 malam, sambil memandu sempat berfikir, "sempatkah saya ni sampai?". Tetapi saya bersyukur juga kerana pada waktu ini keadaan jalanraya agak lancar dan hampir semua lampu isyarat pun seolah-olah berkerjasama dengan saya, hijauuuu saja lampunya.

Telefon bimbit saya tiba-tiba berbunyi, saya melihat nombor yang terpampang di skrin telefon tapi tidak mengenalinya, terpaksa juga mengangkatnya walaupun saya tahu saya salah kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu....hehehee.....belum sempat saya mengucap "hello?", suara dari telefon saya itu telah mendahului dengan ,"Jick, dimana kau? Jadi kah kau datang?, saya terus mengenali suara itu dan menjawab, "ya! yaa!..saya 'on the way' sudah ni, 'confirmed' saya datang ni", dan suara itu berkata semula,"ok, ok...saya tunggu di depan tempat biasa", "OK!!" saya membalas dan menamatkan perbualan kami. Lega sedikit setelah menerima panggilan dari anak buah, si Alung tadi sebab tidak lah saya keseorangan nanti.

Saya teruskan perjalanan lagi dan telefon bimbitku berbunyi lagi, kali ini ku lihat nama bosku yang terpampang di skrin. "Aduuhhh!!!!! Apa yang bos mau dari saya time-time gini ni?" saya bertanya dalam hati dan menyambut panggilan itu, "Hello, bos" saya memulakan, "hello, Daniel...senang cakap kah?" bos saya bersuara dan saya menjawab, "ya, bos..boleh...boleh....ada apa bos mo cakap tu?" sedangkan dalam hati saya berkata,"apa lagi kau mau cakap ni, bos?...saya tengah driving bah ni!!"...hehehee....Selepas beberapa minit bercakap dengan bos saya, saya teruskan lagi perjalanan.....mau dekat sudah!!...mau dekat sudah!!

Dan akhirnya sampai juga tempat yang saya ingin tuju...oopppss....cari parking dulu....hehehee.....jam menunjukkan 7.40 malam, dan setelah mendapatkan parking saya terus menuju ke tempat yang pertemuan yang sudah dijanjikan tadi untuk mencari si Alung.

Aahhh!!!...akhirnya saya telah bertemu dengan Si Alung yang sedang berdiri di depan gate Stadium Likas. Ya! saya pergi menonton perlawanan bola sepak sebenarnya....hehehee

Jam masih masih awal lagi kerana perlawanan antara pasukan Sabah menentang Johor untuk pertandingan Piala Malaysia yang dijadual bermula 8.15 malam.

Si Alung bagi saya tiket masuk untuk saya pegang....tiket untuk seat berbumbung tu!!!....yang penting free!!!....weeiii!!...saya bukan pok free ah...tapi ini melalui Fanclub ok!!...ya, saya ahli tidak rasmi fanclub Sabahawks!!!....heheheee

Saya sudah rasa teruja tapi kami belum lagi masuk ke dalam stadium kerana masih menuggu ahli-ahli yang lain. Setelah tiba semua, saya dengan si Alung dan yang lain-lain masuk ke stadium....eh, ternampak pula si Zaleha, bekas rakan sekolah saya di St. John dengan anaknya (mungkin menunggu lakinya). Saya sempat bersembang singkat dengan dia. Saya tahu kenapa dia pergi menonton bola tu sebab adik dia kan ada salah seorang yang akan bermain untuk sabah malam ni.

Masuk sahaja gate, saya dengan Alung bergegas naik ke tingkat paling atas stadium....fuuuhhh, boleh 'cramp' juga kaki menaiki anak tangga stadium ni. Setelah mengambil tempat duduk, kami menunggu wisel permulaan ditiup. Sambil itu saya sempat meninjau-ninjau sekitar stadium, mungkin dalam anggaran saya ada lebih kurang 3,000 orang yang datang untuk menyaksikan perlawanan ni. Sambil paluan-paluan gong dibunyikan (kedengaran macam pesta kaamatan pun ada), dengan bunyi-bunyian trumpet dan juga dengan jeritan sorakan penonton-penonton yang hadir.

Pemain kedua-dua pasukan sudah bersedia di padang, pengadil juga sudah bersedia....prrrrriiiiiiitttttt!!!!!!....wisel permulaan telah ditiup, sepak mula telah dibuat dan sorakan penonton lebih gamat!!!!....dan tentunya sorakan untuk pasukan Sabah!!!....saya, pada awalnya konon hanya ingin menonton sahaja tanpa mahu menjerit-jerit dan bersorak-sorak....tapi sebaliknya, saya turut menjadi gila!!....saya juga bersorak-sorak!!!....sepanjang perlawanan saya tidak henti-henti bersorak-sorak sehingga lah wisel penamat!!

Kadangkala kalau sudah bersorak ni kan, boleh jadi sampai tidak ingat dunia, macam-macam lah perkataan yang keluar dari mulut ni. Saya pun tidak terkecuali!! hahahaaa!!!....kalau pasukan yang kita sokong tu menyerang memang tambah kuat suara kita bersorak!!!.....apa lagi kalau "GOOOOLLLLL!!!!"....hahaha!!

Saya memang rasa seronok malam semalam!! seperti segala pekung di otak dan dada terlepas bebas dan tubuh badan serta fikiran saya berasa ringan dan 'rejuvenated'.

Kelesuan badan pun hilang juga bila menjerit-jerit sekuat hati ni!!!....ditambah lagi pasukan Sabah yang saya sokong tu bermain dengan amat baik dan menang!!! lagi lah bertambah happy!!!.....ooohhhh!!!!...macam segar rasanya.

Setelah tamat sahaja perlawanan, suara saya sudah hilang....nah, sampai sekarang ni suara saya hilang. Tapi, peduli apa?!!...yang penting saya enjoy dan happy!!!....hahahaaaaaaa!!!!

Waktu pulang dari stadium semalam, tenang saja perasaan saya walaupun perlu memandu balik ke rumah sejauh 26km. Syiiooookkkkknyaaaaaa!!!!

Bah, itu saja bah yang mau kongsi ni....hehehee....bukan pasal masalah kesesakan lalu lintas, bukan pasal bertelefon sambil memandu, bukan juga pasal perlawanan bola sepak itu. Tetapi tentang perasaan lega setelah ketegangan, stress itu dapat dileraikan.

Sebenarnya banyak cara untuk kita dapat menghilangkan stress kita, terpulang kepada kita sendiri. Kalau bagi saya, menonton bola sepak di stadium (di stadium ya, bukan menonton di tv!!) boleh menghilangkan stress apabila kita dapat melepaskan perasaan kita dengan menjerit dan bersorak sekuat-kuatnya. Tapi hati-hati juga, kerana ianya mungkin juga boleh membuatkan kita bertambah stress kalau pasukan yang kita sokong tu kalah apatah lagi kalau bermain dengan teruk.

Selain itu, saya juga memilih untuk pergi ke karaoke!! cari lagu-lagu yang bernada tinggi!! nah, kasi lepas lah suara tu puas-puas biar sampai terasa macam urat di kepala tu keluar....gerenti hilang stress!!...cuba lah kalau tidak pernah.


Salah satu aktiviti yang saya gemar lakukan juga untuk hilangkan tekanan ialah dengan pergi menonton wayang di panggung. Tapi ini bergantung kepada jenis filem yang kita mau tengok. Untuk hilangkan stress tu, pilihlah filem-filem berunsur komedi yang boleh membuatkan kita ketawa di dalam panggung bagai tidak ingat dunia...hehehee.....percayalah, saya biasa sudah buat ni....dan ia berkesan untuk hilangkan stress.

Ini ada satu lagi, ini saya dapat dari saudara saya yang sudah ada sijil hospital bahagia, tapi kira pangkat sudah lulus lah (sembuh...hehehee). Dia bagitau yang semasa dia hantar kepada seorang sister, sister itu suruh dia pergi menanam pokok tapi dia cakap dia tidak ikut apa yang disuruh oleh sister itu sebab dirasakan tidak masuk akal. Jadi, di satu hari minggu waktu saya sedang stress memikirkan pasal kerja di ofis (bayangkan sehingga terbawa-bawa di hari rehat bah) sambil duduk-duduk dirumah, terus saya teringat apa yang diceritakan oleh saudara saya ni. Saya pun pergi ke Tamu dan pergi mencari bahan dan peralatan untuk berkebun ni. My First Time!!....hahahaa!!!

Pulang saja ke rumah, nah saya pergi 'projek' itu bunga-bunga mummy saya yang lama sudah tidak kena urus ni. Dan, percayalah!!!....ternyata tekanan dapat dileraikan!!! Saya macam hanyut dibuai ombak sewaktu saya sedang asyik mengerjakan pokok-pokok bunga itu. Langsung saya lupa tentang kerja saya yang merunsingkan saya sebelumnya. Jadi ianya memang berkesan untuk menghilangkan stress.

Banyak bah cara untuk hilangkan ni, saya sendiri pun tidak menghadkan kepada satu aktiviti saja. Kadangkala saya juga pergi buat full body massage atau foot reflexology. Saya juga akan meluangkan masa untuk membaca buku terutama novel penyiasatan(kalau kisah cinta saya out).

Tapi, last but not least, orang putih bilang ialah rajin-rajin kita berdoa atau pun pergi gereja kerana saya percaya, dengan permohonan kita kepada Tuhan dan dengan bantuan-Nya segala beban yang kita tanggung dapat diringankan-Nya termasuk lah segala macam tekanan yang kita hadapi.

Walaweeeiiii!!!!!....panjangnya!!!!....hahahahaaa!!!! macam banyak lagi pula saya mau kongsi sini ni sekarang(mungkin sebab semalam sudah hilang stress), tapi terpaksa saya mau tutup sampai sini sebab saya curi masa kerja sekarang ni....heheheee.....

Till next time...byeeeee!!!!