Friday, June 23, 2006

World Cup Round of 16.....

Siapa jumpa siapa di dalam pusingan 16 kalah mati hampir semua telah di ketahui:-

  1. Germany (Juara Grp A) lwn Sweden (N.J Grp B)
  2. England (J. Grp B) lwn Ecuador (N.J. Grp A)
  3. Argentina (J. Grp C) lwn Mexico (N.J. Grp D)
  4. Portugal (J. Grp D) lwn Netherlands (N.J Grp C)
  5. Italy (J. Grp E) lwn Australia (N.J. Grp F)
  6. Brazil (J. Grp F) lwn Ghana (N.J. Grp E)
  7. Spain (J. Grp H) lwn N.J. dari Grp G (diantara S.Korea, Swiss, France)
  8. J. Grp G (diantara S.Korea, Swiss, France) lwn N.J. Grp H (diantara Ukraine/Tunisia)

Tinggal 3 tempat lagi jadi rebutan utk ke pusingan ini. Malam ini jadi penentu. Saya harap South Korea dapat memenangi perlawanan awal pagi esok menentang Swiss so they can be on the top of group G. Nak juga wakil Asia ke peringkat ke-2. Jepun, Saudi Arabia & Iran sudah pun out. Another spot tu, tidak kisahlah siapa yang dapat antara Switzerland or France.

Another vacancy in group H, which is battle between Ukraine and Tunisia, I think Ukraine have the advantage.

Kejutan yang saya rasa paling besar dalam round pertama ini ialah tersingkirnya pasukan yang menduduki ranking ke-2 dalam senarai pasukan terbaik Fifa iaitu Republic Czech. Semalam pasukan Czech ini dikalahkan oleh pasukan Azzurri 2-0. Pasukan Czech ini sebenarnya telah mensia-siakan peluang mereka untuk layak ke peringkat ke-2 apabila mereka tewas kepada Ghana 2-0 dalam perlawanan ke-2 mereka.

Ghana telah mencipta sejarah buat negara mereka apabila mereka layak ke pusingan ke-2 di dalam penyertaan pertama mereka dalam peringkat akhir World Cup. Tapi sebenarnya tidak menghairankan juga kerana pasukan belia Ghana pernah memenangi pingat emas Olimpik dan juga pernah menjulang piala dunia remaja.

Satu lagi kejutan ialah apabila Ecuador layak buat kali pertama ke pusingan ke-2 setelah berjaya mengetepikan pasukan pilihan iaitu Poland di dalam group A.

Perlawanan yang saya jangka menarik untuk pusingan kedua ini ialah perlawanan antara Brazil menentang Ghana. Ada orang cakap yang Ghana boleh membuat UPSET ke atas Brazil. Saya sendiri merasakan Brazil mempunyai kesukaran untuk bermain dengan Ghana kerana Ghana merupakan pasukan yang sangat fizikal serta pantas. Jika Brazil mempunyai Ronaldinho sebagai tonggak kekuatan serangan pasukan mereka, Ghana juga mempunyai Michael Essien sebagai pengemudi barisan tengah pasukannya. Tengoklah siapa yang boleh menang. My favourite untuk menang this game is of course Brazil. The key for Brazil to win this game will be Robinho. He absolutely brilliant!!

Malam ni I won't gonna miss the game between S.Korea against The Swiss.

KOREA!!!!! kamurang mimang bulih!!!!!!!!

No comments: