Thursday, March 16, 2006

Perjalanan Merentasi Masa, Bolehkah Dilakukan Oleh Manusia?

Petang semalam, semasa saya berada di dalam kereta sambil mendengar radio dalam perjalanan pulang dari ofis ke rumah, tiba-tiba terlintas difikiran saya yang manusia boleh kembali ke masa lampau ataupun ke masa hadapan seperti yang kita pernah kita lihat dalam filem Back To The Future dan TimeCop.

Betul! saya rasa manusia boleh melakukannya (tapi sememangya bukan saya). Kenapa saya boleh berfikiran begini? Kerana sewaktu saya mendengar radio di dalam kereta, ketika itu penyampai radio (kalau tidak silap, SURIA.FM) sedang bersembang dengan seorang pemanggil, penyampai radio tersebut berkali-kali menyuruh pemanggil untuk mematikan radionya kerana ianya menggangu panggilan telefon mereka.

Kenapa terjadi gangguan? kerana mereka berdua boleh mendengar suara mereka sendiri kembali (saya tidak tahu bagaimana hendak menggambarkannya di sini, tapi saya faham apa yang saya maksudkan). Rasanya kerana suara mereka sedang melakukan proses merentasi masa! Pemanggil mengeluarkan suara mereka ke satu medium iaitu telefon, diproses ke satu medium lagi iaitu radio dan pemanggil dapat mendengar suaranya kembali dari radionya. Eeehhhh!! betulkah teori saya ni? buntu pula fikiran saya tiba-tiba. Aaahhh! lain kali sambunglah.....

No comments: