Pengangkutan awam di Kota Kinabalu.... The Worstttt!!!!!!!!
Memang teruk..... kalau sudah pernah cuba, memang taulah macam mana rasanya. Satu yang paling saya tidak suka, ialah semua Shopping complexes besar-besar yang ada di KK, tidak link antara satu sama lain. Contohnya, kalau kita dari Centre Point, mau pergi ke Wisma Merdeka, tiada pun bas yang boleh bawa kita dari CP ke WM. Terpaksalah juga 2 batang kaki nilah yang membawa kita ke WM dari CP. Itu baru satu contoh. Kalau mahu pergi Likas Plaza? Kompleks Karamunsing?.
Apa yang perlu di sini adalah perkhidmatan bas yang khas untuk menghubungkan kesemua shopping complexes, govt offices, etc. Contohnya sekiranya saya dari Centre Point hendak pergi ke Kompleks Karamunsing. Saya hanya perlu keluar dari pintu besar Centre Point dan perhentian bas sudah ada didepan. Naik bas yang akan melalui atau pergi ke Kompleks Karamunsing. Sepanjang perjalanan, bas ini akan berhenti untuk menurunkan atau mengambil penumpang di shopping complexes yang lain seperti Wawasan Plaza. Jadi apabila sampai ke Kompleks Karamunsing, saya turun didepan pintu besar Kompleks dan terus masuk ke dalam. Senang.....
So, pihak yang berkenaan patut ambil langkah untuk atasi masalah ini. Saya rasa ini perlu kerana taraf bandaraya Kota Kinabalu sekarang ini, seolah-olah tidak mengambarkan city ini adalah sebuah city. Yalah, memang saya paham yang Kota Kinabalu ni Bandaraya Rimba Tropika. Kalau betul mau kekalkan begitu, bagus lagi jangan benarkan kenderaan masuk ke dalam city. Semua pakai tali atau akar kayu macam tarzan kalau mau pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.
Satu sahaja saya mau lihat di Bandaraya Kota Kinabalu. City With The Best Public Transportation. That's all.
No comments:
Post a Comment