Thursday, March 16, 2006

Apakah Istilah Binatang Ini Dalam Bahasa KadazanDusun?

Berkurun lama sudah saya cuba mencari perkataan seerti untuk seekor binatang ni dalam bahasa KadazanDusun terutama sekali dalam bahasa Lotud, bahasa ibunda saya.

Kambing!!!

Apa kambing dalam bahasa Dusun, hah?

Ya, memang ada dalam bahasa Dusun perkataan 'SABAGU'. Tapi istilah SABAGU adalah merujuk kepada Kambing Jantan Besar atau Tua yang mempunyai janggut yang panjang serta tanduk yang mungkin ada yang panjang atau pun mengulung 2-3 kali gulung.

Kambing betina atau jantan yang masih mudah, dan juga anak kambing dipanggil apa pula? Ramai sudah komolohingan(org tua) di kampung saya serta kampung-kampung yang lain yang saya tanya. Diorang pun tiada jawapannya.

Heran juga, kambing ni sudah berkurun lama hidup dipelihara oleh suku kaum dusun, tapi tiada pula istilahnya dalam bahasa dusun. Atau mungkin juga memang dari dulu lagi orang-orang pun memanggilnya kambing. Tapi mustahillah rasanya.

Atau memang istilah ini sudah pupus di dalam vocabulary(apa vocabulary dalam BM?) bahasa dusun itu sendiri. Ataupun, sememangnya masih ada orang yang memanggil kambing dalam istilah bahasa dusun, hanya saya sahaja belum menemuinya.

Oh! ya, satu lagi menghairankan saya, istilah NAGA pula, dalam bahasa ibunda saya iaitu lotud (kurang pasti dengan suku kadazandusun yang lain), kalau tidak silap dipanggil MONGKUHALOB.

Boleh pula binatang yang tidak pernah wujud(ataupun sememangnya dahulu ianya wujud) mempunyai istilahnya dalam bahasa lotud sedangkan kambing yang sehingga sekarang ni masih lagi menapak di muka bumi tiada istilahnya.

Heeeiii, kambing....kambing, kau punya pasal, kepala otak aku pun peninglah.....

No comments: