Tuesday, April 18, 2006

Susah Hendak Puaskan Hati Manusia....

Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah ada pada dirinya atau diperolehi olehnya. Termasuklah diri saya sendiri.

Seperti hari Ahad yang lalu iaitu sempena Easter Sunday. Keadaan cuaca pada waktu pagi hingga ke tengah hari tersangatlah panas. Saya ada berfikir dan berharap alangkah baiknya kalau hujan turun waktu itu untuk menghilangkan panas.

Lebih kurang lewat sedikit tengah hari hujan pun mulai turun. Mula-mula tu, rasa lega sekali kerana panas terik matahari telah pun hilang. Tapi-tapi lama kelamaan, hujan yang turun seolah-olah tidak mahu berhenti, tambah lebat lagi ada.

"Celaka punya hujan, tidak mahu berhenti pula, banjir lah nanti ni" Itulah saya katakan dalam hati waktu itu.

Jelas di sini, sifat manusia yang tidak pernah puas. Jika sudah mendapat apa yang dihajatkan, mahu lagi lebih daripada itu.

Tapi yang penting saya rasa ialah Be Moderate In Everything. Kesederhanaan boleh mengelakkan kita daripada lupa diri. Sedangkan Tuhan sendiri pun mengajar kita untuk mementingkan kesederhanaan. Rasanya kesemua agama di dunia ini mengajar umatnya untuk hidup secara sederhana.

Kalau semua manusia hidup secara sederhana, mungkin dunia ini akan menjadi lebih aman damai.

"Saya ingin memohon kepada Tuhan agar merahmati semua umat manusia agar sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan mengabdikan diri kepada-Nya. Amen"

No comments: