Marathon Menonton Movie......
11hb April bersamaan selasa lalu merupakan cuti umum sempena Maulidur Rasul. Apalagi saya pun mengambil peluang cuti ini dengan menghabiskan masa saya menonton wayang di panggung di KK.
Sebenarnya, hari tu saya hendak bangun awal kira-kira jam 5.30 pagi, konon-konon hendak pergi jogging dari rumah saya sampai pekan Tuaran. Tapi entah kenapa pula saya boleh bangun jam 7.00 pagi. Matahari pun sudah tinggi. Actually masih boleh pergi kalau hendakpun, tapi malu pula saya, takut orang lain yang kenal saya nampak saya. Nanti diorang cakap pula " ui! nah kau, Koojack, rajin kau pigi jogging,ah?". hilang macholah, beb...sebab tidak pernahpun pergi jogging sebelum ni, tidak pasal-pasal pula hari tu pergi jogging (tapi sebenarnya saya ada juga pergi jogging, itupun awal-awal pagi yang matahari belum lagi timbul).
So, saya buat planning baru untuk hari itu... TONTON WAYANG!!!!!
Ya, Saya mahu menonton wayang untuk sepanjang siang hari ini.
Dipendekkan cerita, filem pertama yang saya tonton ialah When Stranger Calls. Best juga cerita ni, banyak suspen tapi endingnya kurang sikit sebab tak tahu pun identiti sebenar si Stranger tu. Filem ni bermula jam 11.45 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Saya tonton filem ni di pawagam Mega Pavillion.
Lepas tu, saya pergi ke pawagam GSC, untuk menonton filem Lucky Number Slevin. Filem ni lagi best. Mula-mula cerita, susah nak tangkap apa yang hendak disampaikan. Cerita ni mesti tonton hingga habis barulah boleh paham ceritanya. Tapi memang best, tidak rugi kalau pergi tonton. Pelakon-pelakon pun hebat-hebat, Bruce Willis ada, Morgan Freeman ada, Sir Ben Kingsley ada, Lucy Liu ada, dan yang terpenting ialah pemegang watak utama iaitu Josh Hartnet sebagai Slevin. Cerita start pukul 1.45 petang dan selesai lebih kurang pukul 3.45 petang
Habis cerita tu, saya pergi beli tiket lagi, masih lagi di pawagam GSC. Kali ni filem Gubra. Filem melayu arahan Yasmin Hamid. Filem ni, kalau untuk standard filem melayu, memang baik. Style arahan filem macam style arahan untuk filem low budget Hong Kong saja. By the way, nice try. Memang berbeza daripada filem-filem melayu yang lain(yang bukan arahan Yasmin). Tidak stereotype. Kalau hendak ditonton sebagai entertainment, tidak mengenjoykan untuk saya. Perlu banyak menggunakan otak saya untuk mentafsirkan apa yang hendak disampaikan. Atau mungkin juga filem ni filem ketiga saya tonton hari ini, jadi otak saya pun sudah penat untuk berfikir. Filem ni start jam 4.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.
So, that day, I filled my whole day with watching 3 movies continuously.
No comments:
Post a Comment