Saturday, August 23, 2008

Doa Bapa Kami

Bapa kami yang ada di Syurga
Dimuliakanlah nama Mu
Datanglah kerajaan Mu
Jadilah Kehendak Mu
Di atas bumi seperti di dalam Syurga

Berilah kami rezeki pada hari ini
Dan ampunilah kesalahan kami
seperti kami pun mengampuni
yang bersalah kepada kami

Dan janganlah masukkan kami
ke dalam percubaan
tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat.

Bagi saya doa ini adalah doa yang paling lengkap sekali di dunia ini. Doa ini secara sendirinya telah diajar oleh Yesus Kristus kepada rasulnya dan kemudiannya disebarkan ke seluruh dunia.

Saya, selalunya jika hendak berdoa tetapi otak buntu, saya akan mengucapkan doa ini.

Unsur memuliakan Allah Bapa, memohon rezeki, memohon pengampunan, memberi pengampunan dan memohon penyelamatan; semuanya terkandung dalam doa ini.

Terima Kasih Yesus kerana mengajarkan umat-umatmu yang berdosa dan hina ini dengan doa buat pedoman dan kekuatan. AMEN.

No comments:

Post a Comment