Friday, August 08, 2008

Bulan Paling Sial Tahun Ini

Bulan Julai 2008 merupakan bulan yang paling sial tahun ini untuk diri saya. Kenapa? Kerana saya mendapat kemalangan kereta

Saya mendapat kemalangan pada 09/07/2008 lebih kurang jam 9.00 malam semasa perjalanan pulang dari ofis ke rumah. Kenderaan yang saya bawa waktu tu ialah Perodua Kembara daddy saya. Hari tu adalah hari terakhir saya guna kereta tu sebelum mengembalikan semula kepada daddy saya kerana daddy dan mummy saya balik hari tu dari Kuching selepas hantar adik saya kerja di sana.

Saya baru habis meeting di ofis, then lepas tu hendak pergi bank-in duit untuk anak buah saya di KL (cousin minta pinjam duit RM300). Saya pergi CIMB Inanam, Cash Deposit Machine (CDM) pula rosak, so saya pergi ke Gaya Street, di situpun CDM nya rosak. Akhir sekali saya pergi ke Api-Api centre punya branch, barulah dapat bank-in duit.

Dalam perjalanan pulang tu, terasa pula lapar, tapi saya batalkan niat saya untuk singgah cari makan dulu sebab rasa mengantuk sangat. Jadi saya teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Memang saya sudah rasa badan saya tidak selesa sudah kerana keletihan, apa tidaknya meeting di ofis hari tu dari jam 2.00ptg sampai 7.00malam.

Saya pun memandu dengan kelajuan 60km/j saja. Saya terasa juga yang mata saya sudah terkedip-kedip menahan mengantuk. Memang kebodohan saya sendiri kerana tidak mau berhenti sebentar di tepi jalan sebab saya merasa saya boleh teruskan sehingga ke rumah.

Tiba-tiba saya terasa kereta bergoncang. Rupa-rupanya saya sudah terlelap dan hanya tersedar apabila merasa goncakan itu. Saya sudah berada di tepi jalan raya yang tidak berturap. Dengan perasaan separuh terkejut tetapi belum sampai panik, saya terlihat dihadapan saya longgokan pasir dan secara spontan tangan saya memulas stereng ke sebelah kanan. Kereta kembali ke atas jalan raya berturap tetapi oleh kerana stereng kereta adalah power stereng ditambah mungkin kerana pulasan stereng saya terlalu kuat, kereta pun berpusing dan mendarat dijalan raya dengan kepala kereta menghala semula ke arah KK. Kejadian ini berlaku di kawasan dihadapan simpang kilang dahulunya kilang Ho Wah Genting.

Kereta telah berbaring di jalan raya dengan kanan kereta berada di atas jalan raya. Saya pun keluar melalui tingkap pintu sebelah kiri kereta. Tangan kanan saya berlumuran dengan darah kerana terkena serpihan kaca dari tingkap bahagian pemandu.

Tidak payahlah saya cerita details sangat. Saya call parents saya dan saya telah dihantar ke hospital berungis oleh saudara saya yang kebetulan juga lalu di kawasan tersebut.

Dihospital, luka saya dibersihkan dan di balut. Mujur luka tidak besar sangat hanya banyak serpihan kaca dalamnya. Saya tidak memerlukan jahitan. Malam itu juga saya pulang ke rumah.

Segala urusan kereta diurus oleh daddy saya.

Pengajaran yang saya dapat dari kejadian ini ialah jangan memandu jika rasa mengantuk dan kalau terasa lapar jangan tangguhkan untuk mencari makanan kerana takut nanti kempunan(saya percaya kejadian ini berlaku akibat kempunan)

Seminggu selepas itu saya pergi buat organ scanning di klinik permai untuk check organ-organ dalam badan saya ok atau tidak selepas impak accident itu. Mujur semua organ dalam keadaan baik menurut laporan perubatan.

Tetapi sekarang, penyakit psioriasis saya timbul semula terutama di bahagian tangan yang terdapat luka akibat kemalangan itu.

Sekarang tengah cuba pil tulang rawan ikan yu dan mandi dengan rebusan pokok seakan kaktus disamping ubat sapu deprosalic.

Ya Tuhan, berikanlah aku kesembuhan daripada penyakit saya ini. AMEN.

Satu lagi kes, Perodua Rusa kepunyaan syarikat yang saya bawa pulang pada 30hb Julai, kehabisan minyak di Inanam. Mujurlah di Inanam, ada stesen minyak yang dekat. Sebenarnya saya mau uji berapa jauh saya boleh sampai dengan keadaan meter sudah pada paras E. Rupa-rupanya warning lightnya tidak berfungsi menyebabkan saya kehabisan minyak langsung.

Walaupun saya memang marah kesemua perkara ini berlaku, namun saya bersyukur kerana saya masih lagi dapat terus hidup di dunia ini. Saya percaya semuanya ada hikmah disebalik semua kejadian.

Ya Tuhan, ampunilah aku dimana aku mengeji engkau ketika perasaan ku dalam marah, berilah aku kebijaksaan agar aku dapat mengawal pemikiran dan perasaan ku sebaik-baiknya. AMEN.


No comments:

Post a Comment