Wednesday, June 21, 2006

At last, aku kembali...... dan dengan WORLD CUP FEVER

Punya bangang saya ni, satu bulan lebih sudah saya tidak write something dlm blog saya ini. Banyak juga bah perkara yg ada dalam kepala otak saya ni, tapi time mau tulis tu, semua macam cair dari otak.

Tapi kali ini saya betul-betul mau write dalam blog bangang saya ni. Apa-apa pun jadilah. First, pasal world cup.

World Cup sememangnya adalah Pertunjukan Terhebat Di Muka Bumi atau dlm bahasa orang putihnya 'The Greatest Show On Earth'. Tidak boleh kena deny lagi yg World Cup sememangnya yg ditunggu oleh berbillion penduduk seluruh dunia. Saya juga tidak terkecuali.

Saya menonton mengikuti perkembangan World Cup ini sejak tahun 1986 hingga sekarang. Tahun 1986 yang diadakan di Mexico, Argentina menjadi juara setelah mengalahkan West Germany (ketika itu). Kontroversi 'Hand of God' Maradona ketika mengalahkan England di suku akhir adalah yang paling hangat sekali diperkatakan sehingga sekarang.

Pada tahun 1990, Cameroon menundukkan Argentina 1-0 di perlawanan pembukaan. Cameroon juga mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dari benua Afrika yang layak sehingga ke peringkat suku akhir. Pemain mereka, Roger Milla juga mencipta sejarah apabila menjadi pemain yang tertua menjaringkan gol di peringkat akhir World Cup. Umur beliau ketika itu lebih kurang 4o-an. Germany menjadi juara buat kali ketiga apabila mereka berjaya menebuskan kekalahan mereka keatas Argentina empat tahun sebelumnya.

USA menjadi tuan rumah untuk World Cup tahun 1994. Brazil telah menjulang piala ini untuk kali ke-4 setelah kali terakhir pada tahun 1970. Banyak peristiwa yang berlaku di edisi kali ini. Pemain pertahanan Colombia, Andreas Escobar telah ditembak mati apabila tiba sahaja di lapangan terbang di Colombia bersama-sama dengan teammatenya yang lain. Ini mungkin disebabkan kesilapan beliau apabila menjaringkan gol sendiri ketika menentang USA yang menyebabkan pasukan Colombia tersingkir di peringkat awal walaupun ketika itu mereka dianggap sebagai salah satu pasukan favourite dengan kehadiran bintang sensasi mereka seperti Carlos Valderrama dan Rene Huguita. Bintang Maradona terus malap di sini apabila beliau diuji positif dengan dadah dan terpaksa di hantar pulang ke Argentina walaupun World Cup belum selesai.

Pada tahun 1988, selaku tuan rumah, France berjaya mendaftarkan nama mereka dalam lipatan sejarah World Cup sebagai salah satu negara yang pernah memenangi piala ini apabila mereka mengejutkan Brazil dengan kemenangan mereka 3-0 di perlawanan akhir. Perlawanan akhir tersebut mengangkat nama pemain France, Zinadine Zidane sebagai salah seorang pemain terbaik dekad ini. Misteri penyakit penyerang Brazil yang diura-urakan bakal membawa kejayaan kepada Brazil iaitu Ronaldo pada perlawanan akhir masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang.

Namun, tahun 2002, Ronaldo mengubati kekecewaan empat tahun lalu dengan membantu Brazil memenangi piala ini buat kali ke-5. Beliau telah menjaringkan kedua-dua gol di perlawanan akhir menentang Germany. Beliau juga memenangi Golden Boot apabila menjadi penjaring gol terbanyak temasya itu. Buat kali pertama juga, World Cup dianjurkan oleh dua negara, iaitu South Korea. Ia juga merupakan kali pertama benua asia menganjurkan temasya terbesar di muka bumi ini. South Korea juga membuat kejutan apabila menjadi pasukan asia pertama yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat semifinal sebelum tunduk kepada Germany. Turkey juga mencipta sejarah untuk negara mereka apabila buat kali pertama juga melangkah sehingga ke semifinal.
Dan, tahun 2006 ini, siapakah bakal juara? adakah Germany sebagai tuan rumah mempunyai tuah? adakah Brazil untuk kali ke-6? adakah England dengan kehadiran Wayne Rooney? Adakah Argentina? bagaimana dengan Netherland? begitu juga dengan Spain dan Italy? bagaimana pula dengan pasukan dari asia dan afrika? Jawapannya kita akan dapat tahu apabila selesainya temasya ini pada 10 July 2006.
Pasukan pilihan saya? Of course Brazil. Tapi setelah mengikuti perlawanan peringkat kumpulan hingga setakat ini, selain Brazil, rasanya Germany, Argentina, Netherland dan Spain mempunyai corak permainan yang boleh membawa negara masing-masing untuk merangkul piala ini. Saya sebenarnya support England juga, tapi setakat ini, they haven't impress me yet.
Apa-apa pun, setakat ini saya sudah kalah banyak betting bola...huaaaaahhhhhhh!!!!!
Gaji pun habis sudah. Savings pun kena korek sudah ni. Nasib baiklah belum pinjam dengan Ah Long. Inilah bah ni, kalau tidak betting, mana tahan tengok bola sepanjang pagi. Tidak apalah empat tahun sekali.
Sampai di sinilah kali ini.
(sebenarnya post ini telah ditaip berkali-kali kerana electricity cut-off banyak kali)

No comments:

Post a Comment