Rancangan Bersiri CSI membuatkan penjenayah lebih bijak?
Begitulah menurut kenyataan Ketua Polis Negara minggu lalu di semua akhbar di Malaysia.
Saya tidak nafikannya. Tetapi itupun jika kita fikir dari sudut negatifnya. Namun jika kita alihkan pandangan kita ke sudut positif, ianya juga banyak memberi pengajaran kepada masyarakat, terutamanya tentang penggunaan sains forensik dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di jabatan polis.
Setidak-tidaknya rancangan ini boleh memupuk minat masyarakat terutamanya golongan muda untuk menjadikan bidang forensik sebagai karier mereka di masa depan.
Ia juga memberi gambaran jelas kepada penjenayah atau bakal penjenayah (itupun kalau mereka ada menonton CSI) bahawa setiap jenayah yang dilakukan, tidak kira sama ada dirancang dengan teliti atau tidak, pasti akan dapat dibongkar oleh pihak polis.
Polis di negara ini juga dapat mempelajari sesuatu daripada rancangan ini dan harus menjadi lebih bijak daripada golongan penjenayah ini.
Jika hanya dengan kenyataan Ketua Polis Negara rancangan ini diberhentikan siarannya, saya tidak bersetuju sama sekali.
Kesimpulannya, Kita harus memandangnya dari segi positif dan bukannya dari segi negatif.
No comments:
Post a Comment