Wednesday, April 05, 2006

Public Kissing & Hugging Illegal In Malaysia

Itulah yang berlaku di Malaysia. Hari ini saya terbaca di surat khabar, 2 orang pelajar telah diarah oleh mahkamah di Kuala Lumpur untuk membela diri apabila didakwa berpelukan dan bercumbuan di tempat awam. 2 pelajar tersebut adalah berbangsa cina.

Persoalannya, jika kedua-dua pelajar tersebut dijatuhkan hukuman bersalah atas perbuatan mereka, adakah undang-undang ini akan dikenakan juga kepada pelancong-pelancong asing terutamanya dari negara barat kerana kita tahu budaya bercumbuan dan berpelukan ini adalah biasa di tempat mereka?

Jika hal ini berlaku, adakah ini akan menjejaskan industri pelancongan negara? Tapi saya tidak mahu menyentuh mengenai ekonomi. Hanya kepada perkara ini.

Well, it's up to a person. Ada yang rasa perkara ini adalah normal, namun ada juga yang rasa perkara ini adalah sesuatu yang 'taboo'. Kalau dilihat dalam majoriti masyarakat Malaysia, memang perkara yang ini amat memalukan sekiranya ianya berlaku di depan mata. Ini terutama sekali dalam masyarakat Melayu. Begitu juga dengan suku kaum saya sendiri. Saya sendiri juga pasti akan berkata "tiada tempat lain kah nak buat benda ni?" jika saya sendiri terlihat perkara ini berlaku. Namun tidaklah sehingga menangkap individu yang melakukannya.

Pada pendapat saya, perbuatan kedua-dua pelajar tersebut tidak salah tetapi tempat mereka melakukan perbuatan itu adalah tidak betul. Boleh katakan 'Wrong timing'. Kalau betullah nak berasmara tu buatlah di tempat yang tersembunyi sedikit. This is Malaysia not America.

No comments:

Post a Comment