Wednesday, March 15, 2006

Welcome to the World of Blogging!!!!

At last, lahirlah sudah blog saya sendiri. Asyik baca blog orang lain saja sebelum ini. Agak lama juga saya fikirkan untuk mahu membuat blog saya sendiri, namun baru sekarang saya dapat kuatkan semangat untuk melakukannya.

Tapi, apa yang mahu ditulis di blog ni? Aaaahhh, tulis sajalah apa yang terlintas di kepala ni. Alamak! kepala otak pun kosong sekarang ni. Langsung tiada yang menarik pun.

Mungkin juga waktu ni, saya masih lagi sakit kepala sebab ada minum sikit malam tadi bersama dengan cousin saya di rumahnya (sikit apa, 4 teguk juga Label 5 masuk dalam kerongkong saya ni). Time bangun pagi tadi masih pening lagi, itupun nasib baik kena kejut oleh daddy saya, kalau tidak, alamat lewat pergi kerjalah jawabnya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri kerana berjaya juga membuat blog ini (sedangkan buat diari sendiripun tidak pernah). Semoga saya dapat curahkan apa saja yang terfikir di dalam blog ini (yang menarik sajalah, yang tidak buat apa). Welcome to the World of Blogging, Dunnai @ Daniel Bin Ripah!!!!!!

No comments:

Post a Comment